Skip to main content

Trend Pasaran

Lelaki Bakar Al Quran Ditembak Mati Ketika Buat Live Di TikTok

img_0667.jpeg
Seorang lelaki, Salwan Momika ditembak mati  selepas membakar Al Quran di Sweden.

Lelaki yang berusia 38 tahun itu ditembak mati di sebuah apartment di Södertälje, Stockholm, pada Rabu lapor BBC.

Momika menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai sekaligus menyebabkan protes keganasan telah membakar kitab suci Al Quran di luar Stockholm Central Mosque pada 2023.

Media tempatan melaporkan Momika ditembak mati sewaktu sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Sehubungan itu lima suspek telah ditahan pihak berkuasa tempatan.

Selain membakar Al Quran, Momika yang merupakan warganegara Iraq yang menjadi pelarian di Sweden telah menimbulkan banyak penistaan terhadap agama.

Ini termasuk protes yang dibuat di hadapan Kedutaan Baghdad.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement