Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Ditahan Rosakkan Kereta Mewah Bekas Majikan

Awani
30/08/2024 19:23 MYT
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bertindak merosakkan kereta mewah bekas majikannya kerana dipecat daripada pekerjaannya, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pada Selasa lepas, polis menerima aduan daripada seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan yang mendakwa seorang individu dikenalinya telah merosakkan kereta jenis Lamborghini Urus miliknya.

"Motif perbuatan khianat ini adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat daripada pekerjaannya oleh pengadu. Suspek pernah bekerja sebagai pemandu kereta kepada isteri pengadu.

"Kerosakan yang dialami dipercayai kemek di bahagian bonet hadapan dan cermin sisi ditoreh, manakala cermin hadapan dan bumper hadapan telah pecah," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

BERITA TRENDING: Lelaki Maut Dilanggar Kenderaan Undur Sendiri

BERITA TRENDING: Pandu Kereta Dengan Lesen Tamat Tempoh, Nabila Razali Mohon Maaf – “Semoga Jadi Pengajaran”


Beliau berkata suspek iaitu lelaki tempatan berusia 27 tahun telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan dia didapati mempunyai rekod lampau pelbagai kes jenayah, manakala keputusan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.


Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya.

Sumber: Astro AWANI

#Kereta Mewah #Jenayah #Majikan #Dipecat