,
Hiburan

Pandu Kereta Dengan Lesen Tamat Tempoh, Nabila Razali Mohon Maaf – “Semoga Jadi Pengajaran”

Ernalisa
20/08/2024
05:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans Januari alu.
Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.
"Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
"Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).

"Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia. Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf," katanya.

Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.

BERITA BERKAITAN : Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

BERITA BERKAITAN : Baim Wong Enggan Ulas Lanjut Isu Pergolakan Rumah Tangga - "Doa Yang Terbaik..”

BERITA BERKAITAN :Afrina Hanie Sebak, Sifatkan Allahyarham Nidza Afham Abang Yang Baik - "Minta Maaf Sangat Kalau Aku Liat Dengar Nasihat Kau"

BERITA BERKAITAN : Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”
Terdahulu, kesalahan itu didakwa dilakukan pada 9 Januari lalu, kira-kira 11.50 pagi di Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin.
Sementara itu, Shamsidah didakwa menggunakan kenderaan berkenaan dengan LKM tamat tempoh dan tanpa perlindungan insurans pihak ketiga pada masa, tarikh dan di tempat sama.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 90(1) APJ 1987.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM120 atau penjara sehari jika gagal bayar bagi setiap pertuduhan, keseluruhan denda RM480. OKS membayar denda berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”

gempak
18/11/2024
09:30 MYT
Pelakon, Nabila Huda menasihati kepada pelakon baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang lebih mengenai isu buli dalam industri lakonan.
Hiburan

Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

gempak
17/11/2024
09:25 MYT
Penyanyi Nabila Razali mengumumkan bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Selepas Kereta Maxus, Nabila Beli Range Rover Harga RM2.5 Juta, Netizen Tumpang Happy - “Suka Tengok Orang Bekerjaya Berjaya…”

gempak
08/11/2024
07:55 MYT
Selepas baru sahaja beberapa bulan memiliki kereta jenama mewah MPV, Westar Maxus usahawan, Noor Nabila kembali mencuri perhatian warganet apabila membeli kereta jenama Range Rover pula.
Berita

Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

gempak
01/11/2024
13:15 MYT
Usahawan fesyen terkenal, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Anuar mengumumkan bakal melepaskan jawatan sebagai pengasas bersama dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) susulan kerugian yang dilaporkan ditanggung Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) baru-baru ini.
Hiburan

Penganjur Mohon Maaf, Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu Ditunda

gempak
30/10/2024
12:25 MYT
Konsert 5 Rukun 2.0 Perjuanganmu terpaksa ditunda atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.
Unitar