,
Laman Utama

Lelaki Ini Halalkan Pasangan Suami Isteri Gunakan Kad Debit ‘Curi’ Miliknya Beli Barang Di Kedai Serbaneka

Izwan Isa
14/11/2022
05:20 MYT
Baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan kad debit yang digunakan untuk membeli burger di sebuah restoran burger terkenal tertinggal di kaunter pembayaran.
Malangnya, menerusi rakaman CCTV, kad debit yang tertinggal itu kemudian digunakan oleh pasangan suami isteri yang beratur di belakang lelaki berkenaan untuk membayar hidangan di restoran serupa.
Tidak hanya itu, kad miliknya turut digunakan di lokasi lain sebelum dinyahaktifkan. Lelaki itu kemudian meminta sesiapa yang mengenali pasangan suami isteri itu untuk menghubunginya dengan kadar segera bagi mendapatkan kembali kad yang diambil.
Dalam perkembangan terkini, lelaki itu memberitahu, kad debit yang diambil telah pun dipulangkan semula dan mengakui hal tersebut berlaku atas kecuaiannya sendiri.
“Saya owner card debit tersebut. Kes dah selesai ya. Saya akui siap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu cadang nak beli untuk sarapan dengan wife esoknya. Boleh pulak kad tu sama warna dengan menu.
“Saya terima notifications daripada Bank Islam untuk ke semua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sebab amount besar. Pesalah ada call saya petang tadi selepas video tersebar.
“Kami dah jumpa di Puteri Harbour tadi pukul 9 malam (semalam). Dia mengaku salah ada ‘terguna’ kad saya empat kali. Dua kali beli burger Woodfire dan dua kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa tu,” tulis lelaki berkenaan.
Selain itu, pasangan suami isteri berkenaan memberitahu yang mereka membeli barang-barang kegunaan harian keluarga menggunakan kad debit lelaki berkenaan.
“Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yang di belanjakan. Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya dah terima refund dari Woodfire.
“Terima kasih Woodfire dan JDTFC bantu dari awal kes sampai selesai. Kes sudah selesai ya semua. Saya undur diri dulu. Minta jadikan pengajaran untuk semua,” tutupnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Sedih Baca Kes Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Cikgu Debbie Titip Kata Nasihat- “Jangan Mudah Putus Asa..”

gempak
03/10/2024
18:55 MYT
Pencipta konten, Debbie Soh Kim Lian atau lebih dikenali sebagai Cikgu Debbie meluahkan rasa terkilan susulan berita pemergian pelajar 13 tahun yang dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat 8 bangunan sekolah.
Terkini

Jijik! Penuntut Universiti Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Kedai Serbaneka - "Gila Betul, Bagus Sangat Ker ..."

gempak
03/10/2024
14:55 MYT
Tular di aplikasi media sosial X seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Lampung, Indonesia diganggu oleh seorang pembeli yang cuba menunjukkan alat sulitnya di kaunter pembayaran.
Hiburan

Nabila Huda Anggap Aoki Seperti Anak Sendiri - "Dia Umpama Jiwa & Raga Saya"

gempak
03/10/2024
13:25 MYT
Sehari selepas kehilangan kucing kesayangannya, pelakon Nabila Huda mengakui memerlukan masa untuk melawan kesedihan yang dialaminya.
Viral

Sebab Ponteng Kelas Matematik, Bapa Tukar Bilik Tidur Anak Jadi Penjara

gempak
03/10/2024
12:55 MYT
Seorang bapa yang dikenali sebagai Vince Nyla bertindak demikian selepas mendapat tahu anaknya telah ponteng kelas dan keluar bersama dua rakannya.
Hiburan

Sajat Wish Birthday ‘Teman’ Baru, Siap Hashtag Lover, Netizen Komen - “Aku Ingat Sufian Suhaimi..”

gempak
03/10/2024
12:25 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat tampil memuat naik beberapa keping foto bersama ‘teman’ baharunya.
BorakSeeni