Viral
Lelaki Ini Raih Lebih RM600,000 Sebulan Dengan Seludup Dadah – “Semua Sebab…”
Seorang individu yang dikenali sebagai Narkesh membuat pendedahan mengenai jumlah wang yang diterima hasil aktiviti penjualan dan penyeludupan dadah.
Narkesh yang juga merupakan bekas penyeludup dadah itu membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah podcast popular di Singapura iaitu OKLETSGO.
Cecah sekitar RM75,2966
Katanya, pulangan wang yang dikutip hasil aktiviti terlarang itu dianggarkan mencecah sekitar AS$16,000 (RM 75,296) bagi setiap perjalanan."Semua sebab fast money, jadi saya ambil jalan senang. Saya pun tidak berpelajaran tinggi jadi masih bujang.
"Alhamdulillah, anggaran dalam satu trip kalau saya pergi saya bawak balik kurang-kurang dalam AS$16,000 (RM 75,296).
"Saya dimulakan sebagai drug mule, jadi daripada Singapore saya fly dengan tangan kosong pergi ke India untuk ambil barang dan baru terbang ke Europe."Barang di India, tapi distribute di Europe, Kalau di Amsterdam per kilo kos nya harga 16 ribu Euro (RM81,717). Kalau Switzerland, 14 ribu Euro (RM71,502) dia depends on musim kalau musim festival dia high demand jadi harga akan tinggi.
"Dalam seminggu kita akan terbang dua kali, jadi dalam sebulan saya boleh bawa pulang AS$128,000 (RM602,371) ,” katanya.
Untuk info, Narkesh telah dipenjarakan selama 10 tahun di India kerana aktiviti penyuludupan dadah itu.
Sumber: OKLETSGO
Berita Trending: Dakwa Dirinya Dah Tak Releven, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Hafiz Suip Di…
Berita Trending: Ruhainies Suka Belanja Orang Makan
Must-Watch Video