Penyanyi, Hafiz Suip mengakui dirinya sudah tidak releven dalam industri muzik tanah air.

Balas komen individu

Perkara tersebut dikongsikan oleh Hafiz sendiri ketika membalas komen seorang individu di akaun TikToknya.

“Bangkit balik Suip kami nak sepah Awan Nano macam dulu,” komen seorang individu.

“Tak releven dah,” balas Hafiz ringkas.

Komen netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan media sosial rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat pelantun lagu Awan Nano itu.

“Maksudnya Hafiz Suip dah tak nak menyanyi dah ke? Suara dia power gila, always relevan bro.

“Hafiz Suip power tapi tu lah market menyanyi sekarang lain macam. Rasanya Hafiz Suip boleh slow-slow join apa-apa program Astro tu naik balik nama dia.

“Paling minat lagu Patah Hati dia.

“Ramai penyanyi cakap gitu, tak nak nyanyi la, dah stop nyanyi la itu ini, last-last sambung balik. Bagi dia masa untuk rehat, he will come back again,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Hafiz telah menyelar tindakan individu yang berlagak seolah-olah tahu luar dalam kisah rumah tangganya

Bapa kepada dua anak itu turut mengingatkan netizen agar jangan suka menyibuk atau terlalu mengambil tahu hal rumah tangga mahupun peribadi orang lain.

Susulan itu, ramai warganet yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan penyanyi berusia 34 tahun itu kerana dikatakan seperti ‘lain daripada yang lain’.

Berita Trending: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau…

Berita Trending: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur…