Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Maut Rempuh Lembu Terlepas Di Lebuh Raya

Gempak
18/06/2024 21:51 MYT
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku jam 4.55 petang.

BERITA TRENDING: Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

BERITA TRENDING: Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler, Lima Cedera

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 30 tahun tersebut memandu di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.

"Mangsa telah terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan, lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, lembu tersebut disyaki terlepas daripada lori yang membawa haiwan ternakan tersebut.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca lembu tersebut berada di lebuh raya," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BERITA TRENDING: Kereta Dipandu Kanak-Kanak Rempuh Gerai, Peniaga Bazar Ramadan Cedera Kena Minyak Panas

BERITA TRENDING: Motosikal Rempuh Tembok Masjid, Budak 8 Tahun Maut Ketika Berwuduk

Sumber: Sinar Harian
#Viral #Kemalangan #Polis #Aidiladha #Maut #Lelaki #Lembu #Rempuh