Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah akui pernah menerima mesej lucah dari pengikut di laman sosial.

Menurut Ayie, akaun pengguna yang menghantar mesej sebegitu dimiliki oleh lelaki dan perempuan, dia juga mengesyaki kebanyakkan akaun berkenaan adalah palsu.

"Saya pernah menerima mesej lucah dari pengikut di media sosial, terutamanya ketika awal kemunculan Floor 88 dahulu.

"Mereka terdiri dari lelaki dan perempuan, kebanyakkannya menulis perkataan lucah dan meminta saya untuk menghantar gambar bogel, namun mungkin juga kebanyakkan akaun tersebut adalah palsu" jelas Ayie.

Ayie berkata demikian ketika ditemui di Konsert Koo with Cuckoo bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu.

Tambah Ayie, dia sentiasa berdiam diri untuk mengelakkan spekulasi dan unsur fitnah.

"Namun begitu, saya sentiasa memilih untuk berdiam diri, saya tak pernah balas walaupun saya tak akan hantar gambar lucah seperti yang diminta.

"Kalau saya balas cakap saya tak nak pun, mungkin ia boleh diputar belit dan dijadikan spekulasi, saya tak mahu ambil risiko, eloklah saya diam sahaja," tuturnya menutup bicara.