Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Persoal Berbaloikah Wanita Bekerja, Ini Jawapan Padu Peguam Syarie - “Ini Nak Harapkan Bayarkan Telur Mata Sebiji Pun Berkira…”

Gempak
03/08/2024 04:55 MYT
Jika dahulu kaum hawa kebanyakannya menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja, namun zaman semakin maju, lebih ramai wanita yang memilih untuk tetap bekerja meskipun sudah bergelar seorang ibu.

Lunaskan Hutang

Masing-masing ada sebab tersendiri untuk mereka terus bekerja, misalnya untuk melunaskan hutang pendidikan yang masih tertangguh, penuhi kehendak sendiri dengan hasil titik peluh, membalas jasa orang tua dengan keringat sendiri, seronok kerana ada kawan di tempat kerja dan tidak kurang juga membantu kewangan keluarga kecilnya.

Namun, baru-baru ini ada seorang individu yang mempersoalkan sama ada berbaloi atau tidak seorang isteri bekerja.

Dalam penulisannya, dia seakan-akan mempertikaikan wanita yang pada pandangannya bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga tetapi sebaliknya yang berlaku.

Bukan sahaja berkira bab duit, malah perangai mereka juga dikatakan kurang beradab dengan suami.

Tidak tinggal diam, seorang peguam syarie telah menangkap layar perkongsian tersebut dan berkongsi pandangan beliau tentang persoalan yang diajukan oleh lelaki itu tadi.

Dianggap Tak Layak Dapat Nafkah

Menurut Nurul Izzah Zainol di laman Facebooknya, seorang isteri yang bekerja selalunya dianggap tidak layak mendapat nafkah disebabkan ada duit sendiri terutamanya yang gajinya tinggi dari suami.

"Isteri bekerja selalunya dianggap tak layak dapat nafkah sebab dia ada duit sendiri. Lagi-lagi isteri ni gaji tinggi sikit dari suami lagilah malang.

“Segala mak nenek loan pun dia, bayar sekolah anak pun dia, rumah kau duduk sekali pun dia, eh bil utilities pun dia. Lagi naya, siap kau claim balik expenses yang kau terbayar dulu hahahaha. Ni serius eh wujud belambak.

"Dia lagi nampak tak berbaloi bila kita fikir sudut ni. Eh kalau tak kahwin mau berjuta-juta lemon dah aku simpan, siap boleh sponsor mak ayah naik haji.

“Ingatkan kahwin kot la ada orang tanggung kita at least lepaslah yang basic needs. Ini nak harap bayarkan telur mata sebiji pun berkira sebab bini ada gaji sendiri. Apalah!

"Padahal bro, tak gugur hak nafkah dia terhadap makan minum, pakaian, tempat tinggal, penjagaan diri dia even dia Lopa sekalipun," tulisnya.

Dibantu Isteri

Dalam pada itu, wanita ini turut berkongsi untungnya seorang suami apabila perbelanjaan rumah boleh dibantu oleh isteri.

Namun, kesakitan untuk melahirkan zuriat mereka hanya isteri yang mampu tanggung dan tidak boleh dikongsikan bebanannya.

"Kau orang untunglah, bab tugas tanggung belanja rumah tangga bolehlah nego-nego lagi tong-tong. Part tu bini bayar part ni laki bayar. Silap haribulan 10 peratus saja yang kau bayar.

“Tapi bila part pregnant, bersalin kami tak boleh nego nak share dengan laki. Ingat boleh ke nak share burden tu? Anak sulung bini pregnantkan, anak kedua laki pulak pregnant. Atau bini tolong pregnantkan, cukup term, kau tolong terankan. Tak bolehkan?.

"Habis tuh, kenalah sedar diri cover part belanja rumah tangga. Bukan tak boleh nak share tapi tolonglah ada rasa malu yang kalau nak tanggung belanja rumah tangga pun rasa berat, rasa tak patut, rasa melampau, memang silap besarlah perkahwinan ni. Silap dari awal," tambahnya.

Suami Tak Cukup Wang

Pada masa yang sama, perkongsian lelaki itu juga telah mengubah tanggapan pada asalnya seorang suami mempunyai harga diri yang meskipun mereka tidak cukup wang ketika itu tetapi tidak tunjuk.

Malah, usaha untuk dapatkan melainkan tidak mampu baru minta bantuan isterinya.

"Dulu fikir, orang laki jenis took pride to pay. Even dia takde duit pun dia ada maruah jantan dia jangan sampai bini hulur dulu. Paling-paling buat-buat nampak effort nak cover. Kalau memang pokai sangat ada adab dia nak minta bini coverkan dulu secara bermaruah.

"Rupanya too good to be true haha. Tu la tengok banyak sangat drama. Yang tinggal kejantanan masa nak buat anak saja. Part lain, haram tak boleh harap urat dawai tulang besi tu. Nak angkat pinggan sebiji ke singki pun lemah," ujarnya.

Di hujung perkongsiannya, Nurul Izzah yang bekerja di syarikat guaman juga menjelaskan urusan keluarga sememangnya menjadi tanggungjawab seorang suami.

Saling Melengkapi

Sebagai pasangan, mereka perlu saling melengkapi kekurangan dan kelebihan masing-masing bukan menyalahkan.

"Macam ni lah bro, kau kena tahu benda ni. Bini nak tolong suami bantu belanja rumah tangga tu moral obligation je bro, bukan legal obligation. Atas dasar ihsan sahaja sebab dah laki dia. Tapi kau tak boleh charge/claim kat court untuk dia tanggung kau dan anak-anak. Ini kelakar.

“Yang confirm dot.com boleh heret kau ke mahkamah tuntut nafkah tertunggak dia adalah bini kau. Termasuk nafkah anak-anak yang dia tolong cover kan selama ni.

"So, dia dah pejam mata tak heret kau ke court pun bersyukur dah. Tolong jangan banyak bunyi sudah. Kau pun kena pejam mata lah jugak part-part mana yang dia tak penuhi demand kau tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala


ARTIKEL BERKAITAN: Cekik, Tolak Isteri Dalam Gaung, Lelaki 39 Tahun Ditahan Polis

“Tau nak yang ‘sedap-sedap’ saja bila kahwin. Part bini kurang itu ini sebab penat amek tanggungjawab asas, kau macam-macam pula komplen," jelasnya.

Sumber - Sinarplus

#Suami Isteri #Peguam Syarie #Isteri bekerja #Lelaki pertikai #Wanita bekerja
;