Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Rabu.

Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.

Didakwa

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu di dalam kedai berkenaan di Selayang pada jam 2 petang, 4 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson Selamat Bersalin, Syukur Dikurniakan Seorang Lagi Cahaya Mata - “Saya Melihat Ke Hadapan Untuk Lebih Menikmati…

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Pemain Wanita Amerika Syarikat Terkesima Lihat Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN: Momen Makan-Makan Abby Abadi Bersama Keluarga, Aslam & Marissa Raih Perhatian Warganet - "Keluarga Ini Sedang Berjuang Berdamai…

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam


Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Gan Sing Gee dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah atas alasan isteri tertuduh sarat mengandung.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.