Walaupun pernah menerima banyak kecaman daripada netizen tentang seluar ketat untuk bersenam sehingga dia terpaksa menutup ruang komen di Instagram miliknya, Sherry Ibrahim kembali memuat naik gambar dan video memakai seluar yang sama.

Baca: "Inilah Definisi Berpakaian Tapi Bogel" - Pakai Seluar Warna 'Nude', Sherry Ibrahim Jadi Mangsa Kecaman Netizen

Ketika itu Sherry memberikan alasan bahawa dia selesa, dan dia tidak perlu kisah dengan tanggapan netizen terhadap dirinya.

Menurut Sherry lagi, ada wanita yang mengenakan pakaian sedemikian tetapi tidak tular, tetapi kerana dia seorang selebriti, apa yang dilakukannya akan menarik perhatian netizen.

Baca: "Saya Rasa Tiada Apa Yang Salah, Bukan Berbogel" - Sherry Ibrahim Jawab Isu Pakai Seluar Ketat

Terbaru, Sherry memuat naik satu video pendek dia berada di dalam gimnasium memakai seluar yang sama.

Walau di mana pun i berada , work out dah sebati dengan i. Kalau tak work out rase hidup ni tak complete. Korang pun kene buat sampai jadi mcm ni tau ? Remember , ‘Health Is Wealth!’ ?? . #ClassPassMy #ClassPassIndonesia #Canggu #SherryIbrahim #LuluLemonMy

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on


Paling menarik, terdapat lelaki yang sedang memandang ke arahnya dan pada masa yang sama Sherry meletakkan perkataan 'Create, Don't Hate' pada bahagian tertentu di video tersebut.



Sekali lagi, netizen 'menyerang' Sherry pada entri tersebut dengan pelbagai kata-kata. Ada yang mengecam dan ada juga yang memberikan nasihat.

Imbas kembali lakonan Sherry Ibrahim dalam Projek Memikat Suami pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!