Hiburan
Lelaki Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza Dipenjara
Seorang lelaki mengaku bersalah menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza.
Lelaki tersebut yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu tiga hari lepas dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas gagal membayar denda dikenakan Mahkamah Majistret, Ampang.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhi hukuman denda RM5,000 dan memerintahkan Amiruddin, 48, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Amiruddin gagal membayar denda tersebut dan didakwa terhadap pertuduhan dengan niat menghina kesopanan pengawal keselamatan rumah penyanyi itu, seorang warganegara Indonesia.
Dia yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh juga melalui peguamnya, Dony Abdullah memohon hukuman diringankan dengan alasan itu merupakan kesalahan pertamanya, selain memberitahu dia seorang duda yang mempunyai dua anak berusia 21 dan 19 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman penjara ke atas tertuduh atas alasan perbuatannya boleh menggugat keharmonian keluarga pemilik rumah.
Sumber: BERNAMA
Olahan Semula: Hafiza Kamarudin
Must-Watch Video