Cenderamata milik Michael Jordan kembali dilelong, kali ini giliran boxer yang sering dipakai pemain bola keranjang itu pula dibuka untuk bidaan.

Menerusi laman sesawang Lelands, boxer jenis compression tights itu mula dilelong dengan harga bidaan AS$500 (RM2077.50) sejak beberapa hari lalu.

Menurut Page Six, seluar itu didakwa sering digunakan oleh Jordan sepanjang kejayaannya bersama Chicago Bulls pada era 80 dan 90-an.



Rupa-rupanya, cenderamata itu merupakan sebahagian daripada koleksi bekas pengawal peribadi Jordan, John Michael Wozniak.

Dikhabarkan, seluar tersebut telah dihadiahkan Jordan kepada bekas pengawal peribadinya itu sebagai tanda terima kasih.

Pastinya ramai yang akan lebih kecewa kerana seluar itu tertera label laundry, membuktikan ia sudah dicuci dan tiada lagi bekas keringat pemain bola keranjang tersohor itu.

Sehingga kini, belum ada khabar bahawa item itu sudah terbeli. Bidaan akan dibuka selama 22 hari lagi. Berminat tak?