HIBURAN

Lepas Kecoh Isu Didakwa Fail Cerai, Isteri Fikry Ibrahim ‘Upload’ Foto Pegang Tangan - “Terima Kasih Kepada Yang…”

Asyikin Mayudin 20/06/2025 | 00:56 MYT
Kecoh mengenai rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim yang didakwa berdepan masalah selepas isterinya iaitu Siti Khalizah Alihan hadir ke mahkamah pada Khamis.

Hadir ke mahkamah

Khalizah dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur bagi prosiding permohonan perceraian terhadap suaminya yang difailkan pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad Nak Cerai Sejak Mei, Isteri Fikry Ibrahim Ada Sebab Nak Berpisah - “Minta Maaf Saya Tak Boleh…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: 4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Menerusi kenyataan peguam yang mewakili Khalizah, iaitu Wan Muhammad Afiq berkata punca anak guamnya mahu bercerai disebabkan tidak mempunyai ketidaksefahaman antara mereka.

Nafi bergolak

Bagaimanapun, Fikry menerusi siaran langsung di sebuah program hiburan menafikan rumah tangga mereka kini sedang bergolak dan bakal bercerai.

Malah pelakon drama siri Dzikir ini juga mengatakan isterinya hadir ke mahkamah pada Khamis bagi menarik semula permohonan perceraian yang difailkan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa lega dengan kenyataan tersebut dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

Foto pegang tangan

Terbaharu menerusi TikTok yang dipercayai milik isteri Fikry, Khalizah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulis Khalizah secara ringkas di TikTok miliknya.

Malah Khalizah turut memuat naik foto memperlihatkan tangan mereka yang dipegang erat.

Fikry dan Siti Khalizah dilaporkan melangsungkan perkahwinan di Jitra, Kedah, pada 12 Februari lalu.

#cerai #Fikry Ibrahim #Fail Cerai #Pegang Tangan #Siti Khalizah Alihan