Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

Gempak
24/07/2024 00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.

Sedang melalui fasa bersedih, Jennifer turut dilihat rajin mengirimkan doa untuk arwah suaminya yang meninggal dunia pada 18 Julai lalu.

Anak yatim

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jennifer memanjangkan doa kepada suami menerusi bacaan tahlil yang dilakukan oleh anak-anak yatim piatu.

“Sayang, aku sudah kirim doa lagi menerusi anak-anak yatim piatu. Bismillah semoga sampai ke kamu ya, doanya,” tulis Jennifer.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Suami Dibakar Meskipun Sudah Mualaf, Ini Jawapan Pelakon Jennifer Coppen - “Papa Dali Baru Belajar Agama Islam…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

​ARTIKEL BERKAITAN: Berdarah Campuran Thailand-Belanda, Peluk Islam Sebelum Kahwin, Ini 7 Fakta Mengenai Dali Wassink

​ARTIKEL BERKAITAN: Suami Mualaf, Nana Mahazan Tak Pening Fikir Giliran Pulang Beraya

​ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Peri Akui Dirinya Seorang Mualaf, Dedah Tiada Yang Baca Yasin Ketika Bapa Meninggal Dunia

Selain itu, Jennifer turut mendedahkan sejumlah alasan mengapa dia tidak mengadakan majlis bacaan tahlil di rumahnya sendiri.



“Buat yang tanya, kenapa tidak buat majlis tahlil di rumah, maaf ya, semuanya sebab memang yang beragama Islam tak ramai dalam keluarga kita.

“Dan jauh buat anak-anak yatim untuk datang ke rumah. Saya akhirnya memutuskan untuk laksanakan di sana (rumah anak yatim) sahaja,” tulisnya.

Untuk rekod, Dali Wassink meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di Kuta, Bali. Dali meninggal dunia ketika berusia 22 tahun.

#Indonesia #anak yatim #Majlis Tahlil #Dali Wassink