Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Lepas Vaksin Buka Tudung?" - Netizen Persoal Tindakan Nina Iskandar, Ini Jawapan Empunya Diri

Amri Hassan
26/07/2021 09:49 MYT
Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar tampil menjawab pertanyaan peminat apabila kelihatan tidak lagi bertudung di Instagramnya baru-baru ini.

BACA: Sudah Bertudung Sepenuhnya? Nina Iskandar Sedang Perbaiki Diri, Enggan Komen Banyak

Menerusi hantaran foto selepas mendapatkan suntikan vaksin, Nina kembali mendedahkan rambut dan hal itu mencetuskan pelbagai pertanyaan daripada peminat dan netizen.

Jelas Nina, dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan untuk mengesahkan imejnya sebelum ini setiap kali diajukan pertanyaan oleh media.

"Setiap orang ada perjalanan sendiri, begitu juga saya.

"Apabila rakan media bertanya pada saya 'Nina sudah kembali berhijab ke?'

"Jujur saya cakap, berat untuk saya jawab. Itulah sebab kenapa saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan apa-apa.

"Saya masih belajar setiap hari untuk menjadi insan yang lebih baik," tulisnya.



Di ruangan komen pada foto berkenaan, ramai yang mempertikaikan tindakan Nina selain menyifatkannya kelihatan lebih manis ketika berhijab sebelum ini.

"Sebelum vaksin pakai, selepas vaksin buka. So jangan ambil vaksin.

"Cantik lagi pakai tudung.

"Job tak ada kena buka tudung.

"Aik kejap pakai tudung kejap tak...

"Nak pakai tudung bukan mudah, tak cakap orang lain tapi pada diri sendiri. Saya sendiri pun kejap pakai kejap buka, kita manusia tak apa perlahan-lahan semoga akan dapat istiqamahnya.

"Jangan persoalkan dia dengan soalan yang tidak seharusnya di khalayak. Doa yang baik-baik.. Saya percaya Nina orang yang baik," tulis sebahagian pengguna di ruang komen.



Bagaimanapun, netizen turut memerhatikan zikir auto yang berada di jari Nina dan menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mempertikaikan keimanan seseorang.
#pelakon #Netizen #Tudung #Brunei #Hijrah #Vaksin #Nina Iskandar #Lockdown #PKP #PPV
;