Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

Gempak
01/08/2024 18:55 MYT
Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.

Akan Diumum Tidak Lama Lagi

Menurut laporan Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan sudah pun dibuat berhubung cadangan pernah disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Nanti saya akan umumkan, sudah ada keputusan (B2 kepada B penuh). Tetapi saya akan umumkan hari kemudian bukan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Stesen Pasar Jawa, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mencadangkan penaiktarafan lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik dibawa kepada Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Ahmad Zahid menyatakan tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Justeru, antara mekanisme yang dipertimbangkan adalah tempoh masa memiliki lesen B2 dan had umur yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Cantik Tular Gembira Lulus Lesen Memandu Rupanya Anak Aidid Marcello - “Bukan Main Kau Posing Dengan Lesen P Tu Eh”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Nak Guna Aplikasi JPJ, Wanita Terperanjat Gambar Lesen Bukan Diri Sendiri - “Semua Betul, Muka Je Bukan…”

Sumber: Utusan Malaysia

#Kerajaan #Menteri #Motosikal #Lesen #Anthony Loke Siew Fook #Kementerian Pengangkutan #Lesen B2
;