Laman Utama

“Letak Semua Dalam Penjara”- Budak Sekolah Kene Buli & Terajang, Caprice Minta Polis Ambil Tindakan

gempak
Syafiqah Jalal
29/06/2021
04:20 MYT
Sponsor Banner
“Letak Semua Dalam Penjara”- Budak Sekolah Kene Buli & Terajang, Caprice Minta Polis Ambil Tindakan
Dalam kesibukan menjalani misi kemanusiaan ke Gaza, penyanyi rap, Caprice sempat mengulas mengenai isu buli budak sekolah melibat seorang remaja perempuan yang disepak terajang sambil diperhati oleh rakan-rakan lain yang tular kemarin.
Berdasarkan video pendek berdurasi 2:20 saat memperlihatkan beberapa orang remaja berada di satu tempat seperti di tangga kawasan perumahan.
Menurut sumber, kejadian buli ini dipercayai berpunca akibat berebut abang angkat. Jika dilihat dari video berkenaan, seorang remaja yang memakai baju kuning itu sedang menendang dan menarik rambut mangsa yang memakai baju ‘jersi’ warna hitam.
Mangsa dilihat tidak bercakap dan tidak melawan meskipun dia telah dipukul dan ditendang oleh pelaku.
Lebih mengejutkan, mangsa hampir terjatuh dari tangga ketika pelaku menarik rambut dan memukul mukanya. Beberapa orang rakan pelaku juga kelihatan sedang berseronok dan bersorak sewaktu pelaku sedang membuli mangsa.
Caprice menerusi akaun Instagram miliknya meminta agar pihak polis mengambil Tindakan ke atas mereka yang membuli serta yang berada di tempat kejadian.
“Apa yang buat saya terkejut dengar suara lelaki dalam beberapa orang di tangga serta beberapa rakan lain termasuk yang rakamankan aksi kejadian.
“Bagi saya mereka yang berada di tempat kejadian tanpa bertindak apa-apa atau membantu di situ turut patut dipersalahkan kerana mereka dianggap sama dengan si pembuli.
“Saya harap mereka semua itu diletak semua dalam penjara satu malam sebagai pengajaran.\
“Caprice harap pihak berkuasa @pdrmsia_official angkut semua.. 1st bang bang in Cairo sambil tunggu turn masuk Gaza,” katanya.
Difahamkan, mangsa sudah membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. Menerusi Twitter juga, mangsa mengalami trauma dan beberapa kecederaan seperti hidung berdarah, leher dan kepala bengkak serta kesakitan di bahagian pinggang.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan sekumpulan remaja berkenaan. Malah, mereka juga menggesa pihak berkuasa supaya membuat siasatan lanjut berhubung kejadian ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024