Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Liam Payne Ambil Pelbagai Jenis Dadah Sebelum Meninggal Dunia

Awani
23/10/2024 03:55 MYT
Bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne didapati mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ditemukan mati minggu lalu.

BERITA BERKAITAN : Simon Cowell Kenang Kematian Liam Payne: “Anak Anda Punya Senyuman Seperti Anda”

BERITA BERKAITAN : "Kami Sayang Kamu…” - Anggota One Direction Terkejut, Sedih Dengan Kematian Liam Payne

BERITA BERKAITAN : Liam Payne Maut Lepas 48 Jam ‘Ditinggal’ Kekasih, Cakap: “Ini Hari Yang Indah…”

BERITA BERKAITAN : Seks Dengan Lembu, Lelaki Ini Dilarang Miliki Haiwan Ternakan Selama 10 Tahun!

Menerusi laporan ABCNews, hasil ujian toksikologi mendapati Payne mengambil kokain merah jambu yang merupakan dadah campuran methamphetamine, ketamin dan lain-lain bahan.

Selain itu selebriti berusia 31 tahun itu turut mengambil dadah jenis kokain dan benzodiazepin di dalam bilik hotel susulan penemuan paip aluminium buatan sendiri di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun setakat ini, mayat Payne masih berada di Argentina sehingga prosedur bedah siasat selesai dibuat sebelum proses pengebumian dan dijangka akan dibawa pulang ke England pada November depan.

Terdahulu,Payne disahkan maut akibat terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada 16 Oktober lalu.


#Dadah #Jenis #Liam #Payne #ambil #pelbagai
;