Anggota kumpulan EXO, Kai dilaporkan mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila lif yang digunakan tiba-tiba rosak sebelum terhempas.

Menurut laporan KoreaBoo, Kai menjelaskan semasa kejadian dia menggunakan lif sebelum terdengar bunyi wayar putus daripada atas.

"Ketika kejadian saya berada seorang diri dalam lift sebelum terdengar bunyi seperti tikus dan menyebabkan lif terjunam daripada tingkat lima.

"Ketika lif sedang menjunam jatuh perasaan saya amat takut sekali dan saya sudah membayangkan akan mati sekiranya lif itu terhempas ke bahagian bawah.

"Namun saya beruntung apabila lif itu tiba-tiba berhenti di tingkat satu dan saya segera membuka pintu untuk keluar daripada lif.

"Saya bersyukur kerana berjaya keluar kerana selepas itu lif itu kembali bergerak dan terhempas sehingga ke bawah," katanya semasa wawancara Happy Together 3.

Tambah Kai, perkara yang berlaku itu membuatkan dia trauma dan lebih berhati-hati ketika menggunakan lift selepas ini.

Sumber: KoreaBoo