,
Hiburan

Lima Penggiat Seni Tempatan Terima Dana RM33,000 Dari Krishen Jit Fund

Asraf Aided
28/11/2019
11:20 MYT
Lima penggiat seni tempatan telah dianugerahkan dana sebanyak RM33,000 dari Krishen Jit Fund untuk mereka melaksanakan projek kreatif masing-masing.
Penggiat seni tersebut adalah Andy Darrel Gomes (RM11,000), Nursuliana (Suzy) Sulaiman (RM8,000), Justin Lee Kah Wai (RM5,000), Lim Jack Kin (RM5,000) dan Sheau Yun Lim (RM4,000).
Andy akan menghasilkan sebuah filem pendek, Suzy akan tampil dengan sebuah projek yang dinamakan Homes yang menyampaikan mesej kemasyarakatan.
Justin pula menghasilkan projek yang dinamakan Impermanence yang berkaitan dengan teknologi penghasilan bunyi dan rekaan ruang, manakala Jack akan muncul dengan projek KITA yang akan dihasilkan menerusi podcast.
Yun Lim pula akan mengetengahkan seni dan budaya seni visual di rantau Asia Tenggara menerusi projek Malaysia Design Archive Publications.
Tahun ini, Krishen Jit Fund telah menerima 50 penyertaan yang terdiri dari projek tarian, teater, filem, video, penerbitan, seni visual, muzik, pendidikan, latihan, kaji selidik pelbagai.
Sejak awal penubuhan, Krishen Jit Fund telah membantu ramai penggiat seni tempatan yang berbakat dalam menghasilkan projek mereka.
Krishen Jit Fund mula diperkenalkan pada tahun 2006 oleh Astro dengan kerjasama Five Arts Centre sebagai satu tanda penghormatan kepada lagenda teater dan kegiatan seni di Malaysia, Datuk Krishen Jit.
Krishen Jit Fund juga disokong oleh pihak Astro dan SK Chambers.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Krishen Jit Fund Anugerahkan 6 Geran Bernilai RM57,000 Kepada Individu-Individu Ini!

gempak
03/12/2022
16:36 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Krishen Jit Fun Beri Anugerah Kepada 11 Penggiat Seni Kreatif

gempak
25/11/2021
07:30 MYT
Tahniah.