Lima individu Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim, Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam, Sam Samin mengesahkan telah meneruma surat tuntutan permohonan maaf daripada Siti Nordiana, sejak Isnin lalu.
Bagaimanapun, menerusi kenyataan media kepada Gempak, surat tuntutan maaf tersebut turut disertakan syarat lain iaitu dituntut membuat bayaran RM200,000 setiap seorang.
“Kami (Lan, Shiela, Syura, Aida G dan Sam) telah menerima surat tuntutan dari pihak Siti Nordiana yang kandungannya meminta agar kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam.
“Turut disebut beberapa syarat lain, selain bayaran sebanyak RM 200,000 setiap seorang.
“Kami telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami Alan Razak untuk penelitian lanjut.
“Hanya ini sahaja kenyataan yang dapat kami keluarkan setakat ini, terima kasih,” kata Sam Samin mewakili empat individu lain.
Ditanya apakah mereka sedar pihak Siti Nordiana sudah meneruskan saman selepas tempoh 24 jam tuntutan permohonan maaf itu tidak diendahkan, Sam Samin tidak mahu memberikan komen lanjut.
“Minta maaf saya tidak dapat nak komen lebih lanjut, harap semua faham,” katanya.
Rabu lalu, Siti Nordiana meneruskan tindakan saman terhadap lima individu terbabit berikutan tiada permohonan maaf daripada mereka.
"Berikutan tiada permohonan maaf (daripada lima individu terbabit) selepas tamatnya tempoh 24 jam, saya sudah mengarahkan peguam meneruskan tindakan saman terhadap mereka," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Siti Nordiana melantik firma guaman, Tetuan Abang Azlan & Associates untuk mewakili kes berkenaan.
"Nana terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej yang tercalar akibat kenyataan sedemikian, sama ada secara langsung atau sebaliknya akibat sesi siaran langsung IG itu," katanya.
Fiza Kamarudin
Fri Jul 30 2021


#Foodieslife: Sayur-Sayuran Yang Boleh Bikin Kulit Lebih Awet Muda
Sayur-sayuran ini boleh buat kulit anda awet muda

Dr Sheikh Muszaphar Jaga Anak Arwah Adik Macam Anak Sendiri, Bangga Lihat Anak Saudara Lanjut Pelajaran Ikut Bidang Diminati
Netizen kagum dengan Dr Sheikh Muszaphar

“Saya Tidak Akan Nyanyi Lagu Lama Saya Yang Tidak Seiring Dengan Imej Sekarang” - Zizi Kirana
Zizi mahu menyanyi lagu yang selari dengan imejnya kini

Michelle Yeoh Artis Asia Pertama Terima Ijazah Kehormat AFI
Ijazah kehormat itu dianugerahkan oleh dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert
![[VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan [VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/hafiz-mahamad.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan
Hafiz Mahamad bawa semua kakitangan mengerjakan umrah

“Banyak ‘Ujian’ Yang Saya Lalui Ketika Sedang Menuju Ke Tarikh Perkahwinan” - Mas Idayu
Mas Idayu akui lalui ujian menuju ke hari pernikahan

Yuna Teruja Mahu Bikin Konsert Di Kuala Lumpur
Yuna juga sedang sibuk menyiapkan album baharu

Jika Ketum ‘Dihalalkan’, Penduduk Luar Bandar Mampu Jana RM1,000 Hingga RM2,000 Sebulan
Ketum dikatakan mampu menjana pendapatan untuk penduduk luar bandar

Maya Karin Idam Lakon Watak Mahsuri Dalam Filem, Petik Nama Syamsul Yusof Sebagai Pengarah – “Saya Sudah Lama Teringin Nak Buat Mahsuri”
Maya Karin idamkan Mahsuri

“Betul, Allah Uji Dengan Suami” - Isteri Aliff Syukri Berlapang Dada Dengan Situasi Suami
Isteri Aliff Syukri anggap situasi suami sebagai ujian