Kisah cinta antara selebriti dan kerabat diraja sememangnya wujud semenjak dahulu lagi. Ada di antara selebriti tempatan yang berkawan rapat dengan kerabat, malah serius menjalin hubungan cinta dan mengakhirinya di jinjang pelamin.
Antara selebriti yang berkahwin dengan kerabat ialah seniwati Datuk Maria Menado, Julia Rais, Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang, Sarimah Ibrahim, Amelia Henderson dan ramai lagi.
Terkini beberapa nama turut dikaitkan dengan kerabat diraja termasuk yang sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dan dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Juliana Evans
Pelakon berdarah kacukan ini mengakui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan kerabat diraja dari Selangor. Pelakon filem Aliff Dalam 7 Dimensi ini mengenali jejaka tersebut dan serius menjalin hubungan sejak setahun lalu.
Dikenali sebagai Tengku S, Juliana tidak lokek berkongsi cerita namun pada masa sama dia tetap bijak menyimpan perihal yang sepatutnya menjadi hak peribadinya.
Nabilah Khan
Mempunyai pengikut seramai 142,000 orang di laman Instagram, bekas isteri kepada kekasih pelakon Nora Danish ini kini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang kerabat diraja dari sebuah negeri Pantai Timur.
Ibu tunggal cantik ini juga sering memuatnaik fotonya bersama jejaka tersebut di laman Instagram. Pengikut laman Instagram Nabilah juga turut menyokong percintaannya dengan lelaki berdarah diraja itu.
Terkini, Nabilah dan Tengku B dikatakan sudah mengikat tali pertunagan dan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Uqasha Senrose
Pelakon yang merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini sering terpalit dengan kontroversi cinta. Selepas hubungan Uqasha berakhir dengan pelakon Pekin Ibrahim, nama Uqasha turut terpalit menjalin hubungan dengan aktor Syafiq Kyle.
Baru-baru ini, nama Uqasha dikaitkan dengan seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar. Menerusi kemaskini Instagram Uqasha dan Tengku Bakar, mereka sering memuatnaik gambar bersama. Namun begitu, Uqasha enggan membuka mulut mengenai hubungan yang terjalin antaranya dan Tengku Bakar.
Neelofa
Pengacara dan usahawan berjaya ini pernah dikaitkan dengan seorang kerabat diraja dari negeri Pantai Timur. Pada 2014 Neelofa mengambil keputusan untuk berhijab sehingga timbul desas-desus pengacara MeleTop itu mengubah penampilannya kerana bakal berkahwin dengan kerabat tersebut.
Bagaimanapun Neelofa lebih selesa mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Kaka Azraff
Nama penyanyi yang merupakan anak saudara kepada Ratu Rock, Ella ini turut terkait menjalin hubungan cinta dengan kerabat gara-gara rakan baiknya, Juliana Evans yang kini sedang serius bercinta dengan Tengku S.
Namun begitu, penyanyi lagu Terima Kasih ini menafikan perkara tersebut. Belum mempunyai teman lelaki, Kaka menegaskan yang dirinya berstatus solo dan mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya.
Ahmad Shah
Fri Aug 19 2016
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.