Hiburan
Linda Rafar Kongsi Rasa Sebak Sambut Raya - "Nampak Macam Happy, Tapi..."
Penyanyi dan pelakon Linda Rafar ada berkongsi beberapa foto menyambut Hari Raya bersama keluarganya di rumah.
Namun menurut Linda, di sebalik kegembiraan menyambut Syawal, dia sebenarnya menyembunyikan rasa duka mengenangkan pemergian arwah ibu, bapa dan anaknya.
"Sedih bila raya tanpa mak, abah dan arwah Memen, nampak macam Linda happy, hakikat sebenar hanya Allah yang mengetahui," tulis Linda ringkas di Instagram.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Linda mengucapkan Selamat Hari Raya dan memuji kecantikan serta baju raya yang dipakainya.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin, semoga bahagia bersama keluarga dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah, cantik baju," tulis seorang wargamaya.
"Cantik," tulis wargamaya lain.
"Selamat Hari Raya sis, dari keluarga di Melaka," tulis wargamaya lagi.
Terdahulu, anak kedua Linda, Memen meninggal dunia pada tahun 2014 ketika berusia 12 tahun akibat mengalami kanser perut.
Lima tahun selepas itu, Linda dikejutkan pula dengan pemergian ibunya yang menghembuskan nafas terakhir pada 11 Januari 2019 akibat mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah.
Must-Watch Video