gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shasha Abedul Sah Jadi Isteri Adam Dengan Sekali Lafaz - “Sebelum Akad Nikah Memang Rasa…”
HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
HIBURAN
Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Linda Rafar Kurang Selasa Sering Dibandingkan Dengan Diana Dalam Soal Penghijrahan- “Tak Adil Untuk Membuat…”

Mya Amri
Mya Amri
12/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Linda Rafar Kurang Selasa Sering Dibandingkan Dengan Diana Dalam Soal Penghijrahan- “Tak Adil Untuk Membuat…”
Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Linda Rafar akui kurang selesa apabila sering dibandingkan dengan adiknya, pelakon, Diana Rafar terutamanya dari aspek penghijrahan.

Kurang selesa dibandingkan dengan Diana

Menurut Linda, mereka sebenarnya melalui proses penghijrahan bersama-sama, termasuklah menghadiri usrah dan membaca zikir secara konsisten.
Bagaimanapun kata Linda, hanya kerana dirinya tidak terlalu aktif berkongsi di media sosial, ada pihak menganggap dia tidak berubah berbanding adiknya

“Sebenarnya saya dengan Diana sama sahaja, kami pergi usrah bersama. Saya ingin clearkan di sini, saya dan Diana sama sahaja.

“Kami adik beradik duduk dekat, kalau ada usrah akan pergi sama-sama. Kalau dari segi penghafalan zikir, kami baca zikir yang sama.

“Kalau pergi umrah, kami pegi melakukan ibadah yang sama,” katanya ketika ditemui Gempak.

Lebih selesa tidak pamerkan hal peribadi

Jelas Linda lagi, Diana lebih aktif dalam membuat siaran langsung, manakala dirinya memilih untuk tidak terlalu mempamerkan urusan peribadi dan spiritual secara terbuka.

“Tiada beza dengan Diana, cuma sedikit perbezaan mungkin Diana ada masa yang banyak untuk berkongsi talk secara live.

“Diana selalu buat live manakala saya jarang, jadi mungkin disebabkan itu orang mengatakan saya tidak berubah.

“Sebenarnya saya tak tunjuk dekat sosial media apa yang saya buat berbeza dengan Diana. Mereka nampak Diana kongsi di media sosial tetapi saya tidak. Tak adil untuk membuat perbandingan seperti itu,” jelasnya.

Tak adil buat penilaian hanya berdasarkan media sosial

Dalam pada itu, Linda berpendapat tidak adil untuk membuat penilaian terhadap seseorang hanya berdasarkan penampilan atau aktiviti di media sosial.
“Saya jarang baca komen tapi bila ada orang beritahu dan suruh saya baca komen, saya terbaca.

“Bila terbaca, secara tidak langsung memang ada akan terkesan dari segi mental. Yang tak best apabila mereka membuat perbandingan dengan artis lain, adik-beradik.

“Benda itu buat kita rasa kalau betul kita begitu tak apa, tapi kita in the right track, tapi tak boleh nak terangkan.

“Bila tak dapat nak jelaskan pada orang di luar sana kita rasa sakit. Tak akan kita nak jawab semua komen, nak beritahu satu-satu kita berzikir? Mereka teruk kutuk saya tetapi mereka tidak kenal pun saya siapa,” jelasnya.
Terdahulu, Linda menerima kecaman negatif di laman sosial selepas ada segelintir yang kurang selesa melihat dia memakai busana yang kurang sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.
Linda memakai busana berona hitam dan putih pada sidang media pengumuman konsert Elite Live'25, yang berlangsung pada 23 Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Linda Rafar
#Diana Rafar
#No Filter
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement