Skip to main content

Trend Pasaran

“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani

astrogempak_zaki_yamani_handsome.jpg
Advertisement

Anak kepada Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video lip sync di aplikasi TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan, Zaki Yamani atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, tampil santai dengan t-shirt hitam, kaca mata gelap dan jam tangan sambil melakukan lip sync lagu K-pop berjudul Still With You nyanyian Jungkook BTS.

Advertisement

Penampilan bergaya dan ekspresi wajah bersahaja Zaki nyata menarik perhatian ramai warganet khususnya para wanita yang memuji aura dan ketampanannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita ‘terjatuh cinta’ dengan gaya dan pesona anak kepada penyanyi lagenda itu yang dilihat semakin menyerlah dalam penampilannya. 

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement