Alunan Lara merupakan lagu ciptaan NJWA yang menjadi runut bunyi filem seram Rahsia.

Ia mula dilancarkan di platform digital dan penstriman pada 14 Julai 2023.

Filem Rahsia arahan Shamyl Othman dibintangi Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Mislina Mustaffa, Marsha Milan, Qistina Raisah dan Syed Ali Murtadha itu bakal ditayangkan bermula 10 Ogos 2023 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dengarkan suara
Alunan lara
Hati bicara

Dalam seni kata
Tersimpan seribu satu makna
Inginku putar waktu
Namun ku tak mampu

Hingga ke akhir waktu dan hayatku
Ku simpan menjadi rahsia ku

Lemah nan gemalai
Mungkinkan terungkai
Inti dan kata
Terpendam cerita
Sebuah rasa
Belayar bersama
Kini semua berlalu
Ku korbankan cinta dan lagu

Hingga ke akhir waktu dan hayatku
Ku simpan menjadi rahsia ku

Yakinlah langit kelam kan bercahaya
Membara, menembusi ruang angksa
Begitulah suara ku kan bergema

Dengarkan suara
Alunan lara
Hati bicara