Laman Utama

Lisa Surihani Bawa Anak Perempuan Ambil Suntikan Vaksin - “Alhamdulillah, Yahaira Okay, Sihat..”

gempak
Azwa Rahman
10/02/2022
09:47 MYT
Sponsor Banner
Lisa Surihani Bawa Anak Perempuan Ambil Suntikan Vaksin - “Alhamdulillah, Yahaira Okay, Sihat..”
Pelakon Datin Lisa Surihani membawa anak sulungnya, Yahaira Leanne mengambil suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada awal minggu ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Lisa sempat berkongsi sebuah video memaparkan momen sewaktu sesi itu berlangsung untuk tatapan umum.
Di laman IG Storynya juga, pelakon Istanbul Aku Datang turut memaklumkan perkembangan terkini anaknya setelah beberapa hari menerima suntikan vaksin.
“Bagi ibu bapa yang bertanya, terima kasih kerana tanyakan tentang kesihatan Yahaira selepas mengambil dos pertama vaksin untuk COVID-19.
“Syukur alhamdulillah, Yahaira okay sihat.
“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan anak saya dan kanak-kanak lain yang mengambil vaksin COVID-19,” tulisnya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 55 saat itu menunjukkan Yahaira berani sewaktu disuntik dan kemudiannya mendapat tepukan daripada petugas kesihatan yang berada di situ.
Malah isteri kepada pengarah Datuk Yusry Abdul Halim itu juga berharap anaknya tidak mengalami sebarang kesan sampingan vaksin yang teruk.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian terhadap ibu dan anak ini di atas keberanian mereka berusaha melawan virus COVID-19 dengan mengambil suntikan vaksin.
“Alhamdulillah, good job Yahaira. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita,” komen seorang argamaya.
“Alhamdulillah, such a brave girl. Tak menangis. May Allah ease your recovery and protect you always dear,” kata seorang wargamaya.
“Aww well done Yahaira! Such a strong girl. Tak nangis pun,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.
Pada 3 Februari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) bagi anak-anak berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun di kawasan Lembah Klang buat sebagai permulaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live