HIBURAN

Lisa Surihani Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-39, Hargai Usaha Yusry Sambut Bersama Anak-Anak - “Honestly Memang Dah Tak…”

Khairil Khusyairi 26/03/2025 | 06:20 MYT
Aktres Datin Lisa Surihani menarik perhatian apabila berkongsi momen bersama keluarganya baru-baru ini.

Ulang Tahun Ke-39

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Lisa Surihani memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia, suami iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan anak-anak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39.

Kongsi Lisa, dia bersyukur apabila dapat meraikan momen manis tersebut bersama keluarga biarpun menjelaskan dia tidak lagi menyambut ulang tahun kelahirannya.

“Alhamdulillah, Allah izinkan ku bertemu umur 39. Moga Allah SWT kurniakan taufiq, hidayah, keteguhan imaan dan ihsaan menjalani hidup manfaatkan agama dengan barakah dan keredhaanNya.

“Honestly memang dah tak celebrate dah. Raikan orang lain takpe, tapi untuk diri sendiri ni mem.. entah macam mana nak cakap.

“Tapi Alhamdulillah, syukur, keluarga dan sahabat sayang,” coretnya.

Yusry Usaha Rai

Dalam pada itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu turut menitipkan ucapan istimewa dan penghargaan buat suaminya yang merancang untuk meraikan hari bahagia tersebut.

“Abang, dalam kesibukan jadual dia yang nak raikan juga, tanya anak-anak cake apa nak, keluar beli cake coz really this was more for them. So that we can have this memorable moment with them.

“Thank you sayang for this, for trying to make it as meaningful as it was,” kongsinya lagi.

Dalam perkongsian manis itu memaparkan anak-anak Lisa menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buat aktres tersebut.
Untuk info, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet! Aksi Spontan Lisa Surihani Berlari Lap Peluh Yusry Buat Ramai Cair – “Beruntungnya, Semoga Sampai Ke Jannah”

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Surihani Kongsi Foto Bersama Suami & Anak-Anak, Peminat Puji – “Natural Beauty, Anak-Anak Pun Comel”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Halang Lisa Untuk Berlakon, Asalkan…” - Yusry Abdul Halim

#pelakon #Anak #Lisa Surihani #Birthday #Yusry Abdul Halim