Laman Utama

Litar, Kenderaan Bermotor Nadi Ilham Koleksi Baharu Neonate X SVG

gempak
Izwan Isa
27/08/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Litar, Kenderaan Bermotor Nadi Ilham Koleksi Baharu Neonate X SVG
Selepas beberapa lama mengadakan pertunjukan fesyen di dalam pusat beli-belah, Pengasas Dan Pengarah Kreatif Neonate Clothing Company, Karl Shafek akhirnya mampu tersenyum bangga kerana berjaya merealisasikan impian untuk menerbitkan sebuah pertunjukan fesyen secara terbuka dengan skala yang lebih besar.
Tahun ini, Shafek yang juga seorang personaliti televisyen itu memilih untuk mengadakan pertunjukan fesyen Neonate Clothing Company secara eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor baru-baru ini.
Shafek berkata, pertunjukan fesyen yang julung kali diadakan di SIC itu turut menyaksikan kolaborasi perdana dengan jenama fesyen jalanan (streetwear) tempatan terkemuka, SVG.
“Apa yang anda saksikan adalah hasil idea dan ‘kerja gila’ dari dua jenama ini. Saya boleh katakan ini adalah acara pertunjukan fesyen terbesar yang diilhamkan sepenuhnya oleh saya dan pasukan.
“Ia juga pertunjukan fesyen pertama di atas trek lumba yang mana tetamu yang hadir malam ini seperti sedang menonton acara lumba kereta Formula 1 atau MotorGP. Jadi macam-macam gaya fesyen mereka saksikan tadi seperti pelumba, mekanik, penonton, ‘umbrella girl’ dan banyak lagi.
“Pertunjukan fesyen ini juga boleh dikatakan antara ‘runway’ terpanjang yang mana jaraknya hampir 800 meter. Walaupun tiada pentas disediakan tapi setiap model perlu berjalan di atas trek lumba,” katanya.
Ulas Shafek, dia berharap agar pertunjukan fesyen Neonate X SVG tersebut dapat menjadi penanda aras kepada jenama fesyen lokal terutama pereka muda untuk menghasilkan idea yang luar biasa.
“Saya memang nak jenama Neonate ini menjadi penanda aras kepada industri fesyen yang mana kita nak pereka tempatan di luar sana dan anak seni untuk tampil ke depan dan ekspresikan kerja seni mereka.
“Jangan risau fasal sokongan atau bajet kerana percayalah akan ada pihak yang nak membantu anda. Banyak badan-badan korporat dan syarikat swasta yang memerlukan promosi dan platform untuk memperkenalkan jenama mereka.
“Selain itu saya juga berimpian agar acara ini dapat menjadi satu acara tahunan seperti Streetwear Fashion Week. Kalau boleh saya nak orang luar tahu yang negara kita ada banyak jenama yang mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk melakukan acara fesyen secara solo seperti yang dilakukan oleh jenama terkenal antarabangsa,” katanya.
Bertemakan ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG itu diadakan sehari sebelum jadual rasmi Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) bermula Isnin lalu.
Lebih 83 koleksi ‘Race Day’ diperagakan dengan pembabitan 80 model pilihan Neonate dan SVG. Separuh model yang membuat kemunculan di atas trek lumba dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan pada Jun lalu.
Seramai 10 Muse diperkenalkan pada acara ini seperti MK-Klique, Saixse, Haneesya Hanee, Qistina Raisah, Qawiy (TikTok) dan ramai lagi.
Acara yang bermula jam 7 malam tadi itu dihadiri lebih 3,500 tetamu dengan kehadiran rakan penaja, selebriti dan peminat fesyen streetwear.
BACA: Tema Race Day, Neonate & SVG Worldwide Adakan Fashion Show Di Litar Sepang!​
BACA: Momen Hiba! Ashraf Anuar Sorong Kerusi Roda, Lap Air Mata Ibu Di Pentas Runway​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live