Hiburan
"Lizzy Tak Banyak Songeh" - Syafiq Kyle
Pelakon tampan Syafiq Kyle akui mudah berlakon bersama aktres Elizabeth Tan atau lebih dikenali Lizzy menerusi drama Senafas Rindu.
Menurut Syafiq sepanjang penggambaran berlangsung tiada masalah yang timbul.
"Senang je berlakon dengan Lizzy. Dia tiada kerenah serta tidak banyak songeh.
"Tidak ada masalah pun yang timbul sepanjang penggambaran berlangsung.
"Kami seakan datang lepak bersama ketika di set," katanya kepada Gempak.
Syafiq ditemui di rancangan Bawang Live di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama penuh Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, dia menyatakan ini merupakan gandingan mereka bersama buat kali pertama.
"Sebelum ini saya tidak pernah berlakon dengan Lizzy.
"Ini merupakan kali pertama bersama pelakon utama wanita yang berbangsa lain," katanya lagi.
Selain Syafiq, drama bersiri Senafas Rindu dibintangi oleh Elizabeth Tan, Wan Sharmila, Sharul Kamal, Alya Iman Azmil, Josiah Lim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Senafas Rindu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video