Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho akhirnya kembali membuat kemunculan semula dengan drama terbaru berjudul 'The King: Eternal Monarch' tidak lama lagi.

Berita tersebut disambut gembira oleh peminat yang menyuarakan rasa tidak sabar untuk melihat kemunculan Min Ho dikaca televisyen.

Nama Min Ho menjadi lebih hangat lagi apabila pihak SBS telah memuat naik teaser pendek drama itu menerusi akaun Instagram rasmi mereka baru-baru ini.

Walaupun hanya sedutan pendek namun disebabkan penangan Min Ho, video tersebut telah melebihi 87,000 tontonan dalam masa dua hari.

Teaser berdurasi 31 saat itu merakamkan wajah beserta gambaran penampilan karakter yang disandang oleh Min Ho.

'나는 대한제국의 황제고, 내 이름은 이곤이다' 김은숙 작가의 판타지 로맨스드라마<더킹:영원의군주>수식어가 필요없다, 무슨 말이 더 필요해??‍♀️?‍♂️ _ #SBS새금토드라마 #더킹 #더킹_영원의군주 #TheKing #이민호 #김고은 #우도환 #김경남 #정은채 #이정진 #김은숙작가 #2020년_4월

A post shared by SBS (@sbsnow_insta) on


Tayangan 'The King: Eternal Monarch' dijadualkan pada April depan.

Terdahulu, Min Ho telah menjalani latihan khidmat ketenteraannya sejak 12 Mei 2017 di Suseo Social Welfare Center bertempat di Daerah Gangnam sebagai Pegawai Khidmat Masyarakat.

Min Ho kemudiannya menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Korea yang terletak di Selatan Nonsan, Wilayah Chungcheong pada 15 Mac 2018.

Pelakon kacak ini kemudiannya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraannya pada 25 April 2019.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU