Laman Utama

Luahan Hati Patimah Ismail Untuk Cucu Lelaki, Anggap Syaikhul Islam Seorang Abang Yang Bertanggungjawab

Asyikin Mayudin
17/03/2023
03:50 MYT
Krisis rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dengan pengarah Syamsul Yusof masih belum berakhir sehingga kini.
Biarpun berdepan masalah itu, namun hubungan antara Puteri Sarah dengan ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih lagi rapat.
Malah terbaharu, Patimah menerusi Instastory meluahkan rasa syukur melihat satu-satunya cucu lelakinya iaitu Syaikhul Islam sentiasa menjaga baik adiknya, Sumayyah.
"Syaikhul seorang abang yang menjaga adiknya, Sumayyah dengan baik kerana (Syaikhul) tahu, hanya dia sahaja lelaki dalam hidup adiknya," tulis Patimah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah memuat naik gambar Syaikhul mencium kepala serta berpelukan denganSumayyah di sebuah pusat peranginan.
Terdahulu, Sarah mendedahkan ibu mentuanya menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.
Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarah Yasmine Nafi Jadi Pembuli Siber, Dakwa Diri Difitnah - “Best Kan Tuduh Orang Letak Dadah..”

gempak
10/07/2024
23:59 MYT
Selepas pengakuan sebagai kekasih gelap aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat wanita bernama Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Hiburan

Puteri Sarah Kongsi Detik Perkenalan Bersama Andi Arsyil - “Sama-Sama Minat Skincare”

gempak
28/05/2024
14:55 MYT
Pelakon, Puteri Sarah tampil berkongsi detik-detik perkenalannya bersama aktor dari indonesia iaitu Andi Arsyil.
Hiburan

Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”

gempak
07/05/2024
00:55 MYT
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

“Kalau In The Future I Dengan Aliff Berbaik..” - Sarah Yasmine Sentiasa Sokong Bella Astillah

gempak
02/05/2024
10:00 MYT
Kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine mendedahkan bahawa dia akan sentiasa memberi sokongan kepada isteri dan adik ipar Aliff Aziz, Bella dan Didi Astillah.