Laman Utama

"Maaf, Lepas Gian!" - Ayda Jebat

gempak
Asyikin Mayudin
06/09/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Maaf, Lepas Gian!" - Ayda Jebat
Aksi lincah pelakon dan penyanyi Ayda Jebat ketika membuat persembahan di sebuah acara baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bimbang melihat keadaannya yang sedang hamil.
Turut ditegur oleh suaminya iaitu Nabil Mahir, Ayda bagaimanapun mengatakan dia belum lagi dalam keadaan sarat memandangkan usia kandungannya masih dalam lima bulan.
“Mommy bersenam sikit hari itu… turun saja pentas, Nabil cakap ‘bukan main lagi eh bila dapat mic! Lupa pregnant ke?’. Semua jangan risau, Alhamdulillah saya dan baby okay.
“Dan belum tujuh bulan sarat mengandung ya! Lima bulan lebih,” kata Ayda.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Nakal Nakal Nakal ini memohon semua orang mendoakan perkara yang baik sahaja untuknya selain memohon maaf kerana terlalu lincah di atas pentas.
“Doakan semuanya baik-baik saja ya! Hehe… Sorry! Lepas gian! Lama tak perform!” ujarnya lagi.
Terdahulu, terdapat beberapa pengguna TikTok yang meluahkan rasa bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap bayi dalam kandungan penyanyi berusia 31 tahun itu sewaktu menjayakan acara itu.
BACA SINI: “Lumrah Shoot Dengan Pregnant Mom”- Amar Baharin Reda Kena Muntah Ayda Jebat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024