Hiburan
"Maafkan Kami Atas Salah Silap" - Drama Band
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memohon keampunan kepada sesiapa yang tersinggung dengan persembahan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34.
Menyampaikan lagu Drama, kumpulan muzik ini menerima kecaman netizen yang mendakwa persembahan mereka menyindir beberapa individu serta berbaur politik.
Menerusi kemas kini Instagram vokalisnya, Aepul mewakili ahli kumpulan yang lain memohon kemaafan atas salah silap mereka.
"What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun.
"See you in the next chapter. #AJL34 Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini.
"Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
"Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadangkala warnanya tidak kita gemar," tulis Aepul.
Di ruangan komen, rata-rata mengkritik dan tidak bersetuju dengan persembahan yang dilakukan oleh Drama Band.
Dalam pada itu, pihak penganjur juga terpaksa 'menggantung' video persembahan Drama Band bersama seorang lagi finalis AJL34, Aina Abdul di laman YouTube ekoran kontroversi terhadap gimik persembahan mereka.
Must-Watch Video