VIRAL
"Maafkan Mama, Ini Saja Mampu Bagi" - Usahawan Kelantan Hadiahkan Anak Umur 11 Tahun RM1 Juta, Kereta & Barang Mewah
Siapa sangka sambutan ulang tahun ke-11 seorang kanak-kanak perempuan boleh mengundang reaksi sebegini luar biasa?
Itulah yang berlaku apabila usahawan terkenal dari Kelantan, Farhana Zahra, meraikan hari lahir anak perempuannya, Yaya, dengan kejutan mewah yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 juta.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok, Farhana mempamerkan sambutan serba glamor, lengkap dengan dekorasi mewah, gaun berkilauan dan pelbagai hadiah berjenama termasuk beg Louis Vuitton, produk Apple dan jam tangan mewah Rolex.
Namun, yang benar-benar membuat ramai tergamam ialah sebuah Toyota Vellfire yang dihias indah dengan belon dan reben gergasi dijadikan hadiah hari jadi utama.
“Maafkan Mama… ini je Mama mampu bagi. RM1 juta je Mama habiskan untuk birthday kali ni,” tulis Farhana, penuh ‘humble brag’ di ruangan kapsyen.
Dalam video sama, Yaya yang tampil bergaya dalam gaun hitam kelihatan sangat teruja menerima kejutan demi kejutan daripada ibunya.
"Saja buat-buat lupa birthday anak…
“Masa birthday dia, dua kali dia datang tunggu Mama wish… tapi Mama buat tak tahu je. Sorry sayang," katanya.
Ada yang memuji kasih sayang Farhana yang tidak berbelah bahagi, namun tak kurang juga yang mengecam, mendakwa ia sekadar aksi menunjuk kekayaan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
"Alhamdulillah rezeki anak. anak aku cuma dapat chiller je," tulis Aeril Zafrel.
"Not to be rude, tapi tak ke try hard sangat nak menunjuk," tulis warganet lain.
“RM1 juta? Untuk budak 11 tahun? Kami masa kecil dapat kek Secret Recipe pun dah happy…” tulis seorang netizen berseloroh.
Tonton video penuh di sini
Must-Watch Video