Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 15 tahun.

Menerusi laman sosial Instagram, Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 42, berkongsi foto-foto bersama anaknya yang semakin kacak itu untuk tatapan umum.

Happy birthday (not so) baby boy! Makasih doa-doa baik dari semuanya. Sungguh aku dah Rizky beruntung banyak yang doain.

“Doa yang sama untuk semua ya. Stay healthy, stay happy,” tulis Rossa di ruangan kapsyen.

A post shared by Rossa (@itsrossa910)


Menerusi perkongsian itu lagi, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah dua beranak tersebut lebih kelihatan seperti adik-beradik berbanding ibu dan anak.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan hari lahir buat Rizky.

Tidak hanya itu, ramai yang turut memuji penampilan Rossa yang tidak dimamah usia dan boleh dikatakan hampir sebaya seperti anaknya.

Kakak adik ni, happy birthday RLR,” tulis Yuni Shara.

Mirip Noah anak BCL,” kata seorang wargamaya.

Dah macam kakak adik Teh, sihat selalu ya,” puji seorang wargamaya.

Teh Ocha anaknya ganteng bangat,” ujar seorang wargamaya.

Teh Ocha tidak tua-tua, padahal Rizky udah bujang,” komen seorang wargamaya.

Berasa seperti kakak adik, bukan ibu anak,” komen seorang wargamaya.

Macam pacarnya ya,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Rizky Langit Ramadhan merupakan anak hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang merupakan anggota kumpulan Padi, Yoyo.

Pasangan tersebut berkahwin pada 18 Mac 2004 namun perkahwinan mereka terlerai pada tahun 2009.