Perkhidmatan reviu di media sosial, khususnya di Instagram sememangnya merupakan salah satu punca pendapatan yang sering menjadi pilihan dalam kalangan mereka yang popular di media sosial.

Begitu juga dengan bekas isteri, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa yang turut menyediakan khidmat reviu di Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, baru-baru ini, satu reviu yang dilakukan Hana mengenai sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang mengundang kecaman netizen.

Semuanya tercetus apabila Hana dikatakan seolah-olah mempromosikan perniagaan milik bukan Muslim apabila seni rekaan dalaman premis tersebut didakwa seolah-olah berada di sebuah tokong.

"Pergi promosikan hotel cina buat apa.

"Kecinaaan sangatlah, macam masuk dalam tokong Cina.

"Macam masuk tokong, baik promosikan yang Melayu (produk)," komen sebahagian pengikutnya.



Bahkan, menerusi beberapa entri di Instagram Story Hana dilihat berada di hotel turut menggunakan nama Cina itu bersama anak-anaknya.



Begitupun, menurut Hana, dia hairan apabila netizen cuba mempersoalkan tindakannya itu kerana berasa tiada apa yang salah untuk mempromosikan perniagaan bangsa lain.

"Kita sebagai rakyat Malaysia kena berfikiran luas. Kita kan sebuah negara yang ada pelbagai bangsa dan kaum.

"Kenapa ramai yang pertikai hotel 'Cina' yang Hana review? Kalau anda semua nak tahu, dekat hotel ini staf dia ada melayu, cina dan india.

"Jadi tolonglah kita jangan sempitkan pemikiran. Lagipun Hana datang ke sini atas urusan kerja," jelasnya menerusi satu entri di Insta Story.

Menurut Hana lagi, dia juga terbuka untuk menerima mana-mana tawaran reviu pernigaaan milik orang Muslim pada masa akan datang

"Jangan risau, Insya-Allah kalau ada tawaran daripada mana-mana hotel atau resort yang pemiliknya Melayu Islam, Hana sangat berbesar hati terima tawaran dan job untuk reviu," katanya.




Kredit foto: Instagram Hana Azraa