Anak sulung kepada pasangan Datuk Fadzarudin Anuar dan Datin Vivi Yusof, Daniel Azim Shah mencuri tumpuan wargamaya dengan wajah kacaknya walaupun baru berusia tujuh tahun.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy memuat naik foto terbaru Daniel bersempena sambutan ulang tahun ketujuhnya yang diraikan pada Rabu.

“Seven,” tulis Vivy Ringkas sebagai kapsyen.

Daniel kelihatan comel bergambar bersama patung zirafah serta sebuah lagu foto memeluk erat ibunya.

Seven. ❤ #danielazimshah #nogirlfriendsuntilyoure40

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Terdahulu, wajah Daniel turut pernah disamakan seperti seorang aktor Korea, Song Jong Ki.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang memuji wajah comel dan kacak Daniel selain memberikan ucapab hari lahir.

“Vivy, muka dia macam budak dalam cerita Korea married tu, comelnya,” komen seorang wargamaya.

“Handsome boy!” puji seorang wargamaya.

“I intip Instagram you sampai subuh ssbelum ni sebab i suka tengok Daniel,” kata seorang wargamaya.

“Happy birthday Daniel! What a handsome and smart boy,” tulis seorang wargamaya lagi.

Selain daniel, Vivy turut mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.