Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Macam Tak Percaya Je Anzalna Basuh Baju Pakai Tangan…" – Anzalna Nasir Dedah Rutin Harian #StayAtHomeChallenge

Asraf Aided
07/04/2020 10:18 MYT
Aktres jelita Anzalna mendedahkan aktiviti harian yang dilakukannya di rumah menerusi sebuah video di Instagram.
 
Menurut Anzalna, dia dan suaminya, Hanif Zaki tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan pembantu rumah kerana mereka mampu menguruskan urusan seharian dengan baik.
 
"Kehidupan seharian kami, no maid no problem! Nak Eidrees tahu walaupun Mommy pernah dapat anugerah Most Glam tapi di rumah Mommy jadi bibik!
 
"Hahahaha tak apa la, yang penting hanya tangan Mommy dan Daddy yang membesarkan Eidrees, cuba korang buat pula," tulis Anzalna di ruangan kapsyen.
 
Anzalna turut meletakkan 'hashtag' #StayAtHomeChallenge di bahagian akhir kapsyen tersebut.
 
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Anzalna di ruangan komen.
 
Rata-rata mereka memuji Anzalna masih kelihatan cantik meskipun sedang melakukan kerja rumah, malah ada juga yang seakan tidak percaya melihat pelakon kesayangan mereka itu membasuh baju menggunakan tangan.






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak Eidrees tau walaupun mommy pernah dapat anugerah Most Glam tapi di rumah mommy jadi bibik! Hahahahhahahahhaha tak apa la... yang penting hanya tangan mommy and daddy yang membesarkan Eidrees.❤️ Cuba korang pulak buat #StayAtHomeChallenge?

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Hanif Zaki, 31, pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei tahun lalu lalu.
 
#pelakon #Pelakon #Anzalna #PKP