Hiburan
Macau Scam: Mark Adam Mengaku Sudah Bertemu SPRM - "Mereka Tanya Terlibat Ke Tak Dengan ..."
Isteri penyanyi dan pelakon Mark Adam iaitu Norazah Redzuan atau lebih mesra disapa Ezan mengesahkan suaminya antara individu yang sudah bertemu dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Walaubagaimanapun, Ezan menyatakan pertemuan itu bukan diadakan di Pejabat SPRM sebaliknya di lokasi penggambaran.
"Pihak SPRM ada datang jumpa kami dekat lokasi penggambaran semalam. Kami tak ke pejabat SPRM pun," katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Tambah Ezan, mereka hanya disoal mengenai kedai minuman Bubble Bee yang terletak di PKNS, Shah Alam.
"Mereka tanya sama ada terlibat ke tak dengan Bubble Bee. Kami cakap ada tetapi sebagai duta untuk Bubble Bee cawangan PKNS sahaja.
"Kami pun belum menerima sebarang bayaran atau menandatangani apa-apa perjanjian.
"Pertemuan itu tidak lama. SPRM tidak ada mengarahkan kami untuk pergi ke pejabat," katanya lagi.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.
Must-Watch Video