Viral
Madammu Rugi RM40,000, Gelang & Cincin Hilang Ketika Bercuti Di China - “Saya Telefon Hotel, Mereka Kata…”
Usahawan terkenal yang dikenali sebagai Madammu mengalami kerugian hampir RM40,000 selepas gelang dan cincin miliknya hilang.
Hilang barang
Menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berkata, dia kehilangan barang-barang tersebut ketika sedang bercuti di China baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Madammu Nak Buang Tulang Hidung Sebab Tinggi Sangat, Netizen Tak Bagi - “Kalau Original Buat Apa…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Nafkah Kena Ikut Kemampuan Suami” - Madammu
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Nak Kena Tanggung Biawak Hidup?” - Madammu Nasihat Isteri Jangan 'Back Up' Suami Pemalas
“Cincin dan gelang saya hilang. Anggaran kerugian RM40,000, gelang itu berharga RM22,000 manakala cincin RM15,000.
“Semasa hari pertama sampai, gelang asyik nak terbuka dan Kayden pula bermain dengan saya. Kemudian saya buka dan letakkan di dalam beg peralatan mandian.
“Pada hari kedua dan ketiga saya tak pakai tetapi saya masih ingat ia berada di dalam beg,” kongsinya.
Menurut usahawan berusia 34 tahun itu, dia kemudian ada mencuba untuk mendapatkan kembali barang kemas miliknya namun usahanya gagal.
Gagal dapatkan semula
Bagaimanapun, Madammu berkata dia tetap reda dengan kehilangan tersebut.
“Saya telefon hotel, mereka kata sudah ada pelanggan lain yang masuk dalam bilik tersebut dan barang-barang itu pun sudah tiada.
“Tak apalah, tak ada rezeki,” ujarnya.
Must-Watch Video