Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Stacy, Akim & Ara Dapat ‘Gebrek’ Dari Hetty Koes Endang, Zahid Pula No 1 Dengan Markah 62.2 Peratus!

Gv Fantasia Recap

Sekilas

  • Zahid menduduki tangga pertama dengan markah 62.20% dalam konsert minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasia (GVF).
  • Mawi diumumkan pemenang anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu ketiga dengan persembahan lagu Intifada.
  • Tiada penyingkiran minggu ini, membolehkan Faizul yang mendapat markah terendah 46.06% mara ke minggu keempat.
Advertisement

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan Zahid berjaya menduduki tangga pertama dengan peratusan markah sebanyak 62.20 peratus. 

 

Advertisement

Manakala Mawi yang menyampaikan lagu Itifada diumumkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu ketiga.

 

Faizul yang mendapat markah terendah sebanyak 46.06 peratus berasa lega apabila tiada penyingkiran sekaligus melayakkan dirinya ke minggu keempat. 

Advertisement

Berikut merupakan recap komen juri beserta markah penuh GVF minggu ketiga:

 

  1. Vince - Bunyi Gitar

     

“I suka, you impress me. Bila kita dengar macam lagu ini makanan Vince. Sebenarnya lagu yang mudah, sukar untuk dijadikan sukar kelihatan mencabar. Vince berjaya buat lagu ni nampak senang. Menyeronokkan. You buat ia jadi seronok. Beza dua minggu lalu, minggu ini best. Kaki you pun tak nampak menggeletar,” - Datuk Syafinaz

 

  1. Faizul - Hilang Naluri

     

“Bagi saya, tak ada attitue singing. Tak nampak karakter dalam lagu ni. Tapi kamu punya progress saya suka. Sekarang, dah ada 13 peserta, kamu harus bekerja keras. Saya rasa ada lagi. Kamu harus bekerja keras,” - Datuk Ramli MS

 

  1. Mila - Aku Takkan Bersuara

 

“Apa itu suara merdu? Pertama tone suara bila kita mula menyanyi, harus jelas. Kemudian pitch kena berhati-hati. Lagu ini menurut bonda, kamu success,” - Hetty Koes Endang

 

  1. Shahir - Andalusia

 

“Yang paling ketara minggu ni, lebih baik dari dua minggu lalu. Walaubagaimanapun ada bahagian kurang terkawal dari aspek nyanyi. Opening, mungkin ada rasa gementar. Kalau rasa takut, kena naikkan semangat diri. Antara perkara lakukan, slow reheasal,” - Datuk Syafinaz

 

  1. Firman - Gerhana Cinta Luka

 

“Bila kamu menyanyi sekarang dan dulu, beza tak banyak. Yang bahagian rendah, kamu ambil mudah. Penyanyi ada skill yang rendah, tapi kamu ambil mudah. Result tak bagus. Banyak turun. 

 

“Part tinggi okay, tapi hujung nafas turun. Jangan ambil mudah. Banyak yang kurang yang perlu diperbaiki,” - Datuk Ramli MS

 

  1. Ara - Warkah Untukku

 

“Bonda suka peserta gini. Menurut bonda, saya tak kenal, tak familiar lagu ni. Saya rasakan lagu ni tak mudah, sangat sulit. Kalau memang teknik tak kuat, habis lagu ni. Tapi permulaan kamu sangat cantik sekali dan dibelakanh kamu ajar,” - Hetty Koes Endang (dapat gebrek)

 

  1. Zahid - Biarlah Bulan Bicara

 

“Kalau saya bandingkan minggu pertama dan kedua, minggu ini adalah terbaik. Boleh kawal gementar, saya tak tahu kenapa awak gementar minggu pertama. You bina emosi perlahan-lahan itu sangat baik. You build up sikit-sikit. Hujung tu you kasi variasi pada melodi,” - Datuk Syafinaz

 

  1. Mawi - Intifada

 

“Masa reheasal tak dengar selawat nabi. Dah macam konsert. Next week saya nak dengar lagu lain. Dah tiga minggu saya rasa dah makanan awak. Semput tu ada sebab you push 💯 energy,” - Datuk Ramli MS

 

  1. Felix - Warkah Berlagu Pilu 

 

“Tone suara sebelum ni macam besar, sekarang macam nipis. Saya suka bila tone bila part tinggi. Saya rasa lagu ini tak sesuai dengan Felix. Lagu ni mcm antara. Jangan kecilkan badan bila menyanyi. Bukan tak sedap tapi biasa saja. Untuk opening saya harapkan lebih. Saya tahu Felix ada suara yang baik,” - Datuk Syafinaz

 

  1. Stacy - Makhluk Paling Seksi 

 

“Kamu dah sudah makan semua lagu, genre. Sebagai penyanyi, kamu ubah karakter kita mengikut lagu,” - Hetty Koes Endang

 

  1. Faizal - Smell Like Teen Spirit

 

“Ada satu je perkataan yang jelas tapi persembahan awak malam ini cun,” - Datuk Ramli MS

 

  1. Farah - Tangisan Dalam Kerinduan

 

“Kita ada tiga penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi. Saya rasa awak ada suara yang merdu. Saya nak suara itu mengalir air. Awak perlu bekerja on that. Perkataan jelas, itu sangat bagus,” - Datuk Syafinaz 

 

  1. Akim - Bengang

 

“Lagu dia, penyanyi dia. Kita tengok minggu depan,”  - Datuk Ramli MS

 

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

 

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia. 

 

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

 

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

 

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.


Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

 

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement