Hollywood

Mahkamah Beri Kebenaran Justin Bieber Dapatkan Maklumat Dari Pihak Twitter

gempak
Asraf Aided
20/07/2020
11:38 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Beri Kebenaran Justin Bieber Dapatkan Maklumat Dari Pihak Twitter
Baru-baru ini, dakwaan mengenai penyanyi Hollywood, Justin Bieber melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita hangat diperkatakan.
Tidak berdiam diri, penyanyi lagu Yummy itu tampil menafikan dakwaan berkenaan berserta beberapa bukti kukuh.
BACA : Didakwa Lakukan Serangan Seksual, Ini Kenyataan Justin Bieber
Terbaru, pihak mahkamah telah membenarkan Justin untuk meminta pihak Twitter mengesahkan maklumat tentang dua akaun pengguna yang membuat tuduhan palsu itu.
Peguam yang mewakili Justin, Evan N.Spiegel mengatakan, kemungkinan besar dalang di sebalik dua akaun yang terlibat adalah orang yang sama.
"Kami ingin mencari individu di sebalik dua akaun yang membuat tuduhan itu, dan kemungkinan besar, dua akaun itu dimiliki oleh orang yang sama," jelasnya.
Terdahulu, Justin telah memfailkan saman berjumlah RM43 juta bagi setiap dua wanita yang dikenali sebagai Danielle dan Kadi.
Walaubagaimanapun, pihak mahkamah mengeluarkan arahan agar Justin mengenal pasti identiti pelaku sebenar terlebih dahulu.
Sumber : deadline.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live