Berita
Mahu Bawa Anak Bercuti Ketika PKPP? Jangan Lupa 5 Perkara Penting Ini!
Sebaik sahaja kerajaan memberi kebenaran merentas negeri dan pusat peranginan di buka semula, ramai telah mengambil kesempatan untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Meskipun begitu, Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan negara belum lagi bebas sepenuhnya dari wabak COVID-19.
Jadi, sebelum bercuti perlu diingat anak kecil adalah golongan paling tinggi risiko terhadap virus COVID-19 ini.
Justeru, Astro Gempak kongsikan lima perkara penting untuk ibu bapa sebelum bawa anak bercuti.
#Topeng muka/ Face Shield
Ini perkara penting dan wajib sejak kita semua amalkan norma baharu, begitu juga buat anak-anak kita. Kini terdapat dipasaran face shield yang comel sesuai untuk kanak-kanak dengan pelbagai pilihan warna. Pasti anak anda suka dan anda juga tidak perlu risau dan boleh bercuti dengan senang hati.
#Tisu Basah /Sanitizer
Tisu basah juga antara benda wajib setiap kali keluar terutama membawa anak-anak. Kadang kala, sanitizer tangan sahaja tidak cukup kerana dengan tisu basah anda boleh membuat dua kali cara pembersihan iaitu lap dengan tisu basah sebelum menggunakan sanitizer. Ini cara mudah dan cepat sebelum dapat mencari tempat membasuh tangan dengan betul.
#Bawa baju salinan lebih
Ingat jika perjalanan anda ke destinasi peranginan itu agak jauh dan mengambil masa agak lama serta perlu membuat persinggahan di Kawasan rehat atau sebagianya, sebaik-baiknya, tukar pakaian anak anda selepas membuat satu-satu persinggahan supaya mereka berada dalam keadaan lebih bersih.
#Sembur pembasmi kuman sebelum masuk ke dalam hotel
Sebelum seluruh ahli keluarga anda masuk ke dalam hotel atau bilik tempat peranginan itu, seelok-eloknya anda bawa sendiri penyembur pembasmi kuman atau disinfect spray untuk sebur ke seluruh sudut dan biarkan beberapa minit sebelum masuk kembali ke dalam bilik itu. Ini bagi memastikan semua kuman yang ada dihapuskan sebelum anda masuk.
#Lokasi perangian yang sesuai.
Lokasi peranginan juga penting. Elakkan tempat yang sesak dan dijangka ramai yang akan ke sana. Yang penting ia dapat memberi ketenangan, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik atau inap desa bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.
Must-Watch Video