Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim memaklumkan sudah tidak menerima pengikut baru di akaun Instagram miliknya.

Menurut Rizalman, keputusan itu dibuat selepas tetapan akaun milik beliau ditukar kepada privasi baru-baru ini.

"Maaf ya ibu-ibu bapa-bapak anak-anak sekalian, pengambilan followers baru di IG ini sudah tidak dilaksanakan sejak ditukar menjadi private tempoh hari.

"Kami mahu bersuka ria antara kami-kami saja di dalam keluarga @rizalman71," kongsinya di laman sosial berkenaan.

Dalam pada itu, Rizalman menegaskan beliau tidak memerlukan kuantiti pengikut yang banyak, sebaliknya mengutamakan kualiti.

"Saya tidak tamak kuantiti, namun kualitinya yang saya perlukan," tambahnya.

Sejak kebelakangan ini, gerak geri Rizalman menarik perhatian netizen apabila sudah tidak membuat cara perkongsian seperti dahulu di Instagram.

Malah, pesohor fesyen ini juga meninggalkan sedikit sahaja jumlah posting yang sebelum ini mencecah lebih 6000.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kebanyakan foto itu dipadam atau dimasukkan ke ruangan 'archive'.

Terdahulu, Rizalman menerima kecaman dalam kalangan pengguna media sosial selepas mendedahkan dirinya tidak menggemari ikan salmon.

BACA: "Walaupun Ada Istana Kat Malaysia Ni, Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon" - Rizalman