Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mahu Cegah Penuaan, Influencer Guna Najis Jadi Mask Muka

Gempak
20/08/2024 15:25 MYT
Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka.

Mahu Cegah Penuaan

Wanita bernama Peixoto berusia 31 tahun itu mempunyai lebih 658,000 pengikut di laman Instagram.

Menerusi rakaman yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya baru-baru ini, Pexioto dilihat menyapu najis itu ke seluruh muka sambil mengepit hidungnya dengan penyepit pakaian untuk melawan bau ‘busuk’.

“Ia berkesan untuk saya...

Dia membiarkan topeng muka itu selama beberapa minit sebelum mencucinya dengan air.

“Ia berkesan untuk saya dan kulit saya tidak lagi mengelupas!” kata Peixoto.

Peixoto berkata dia mencuba ‘topeng najis’ selepas membaca di internet bahawa ia dapat ‘mencegah penuaan’.

BERITA TRENDING: Ada 24 Anak Dari 3 Isteri, Rumah Lengkap Masjid, Lelaki Ini Habiskan RM85,000 Sebulan Untuk Nafkah

BERITA TRENDING: Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual

BERITA TRENDING: Mahu Dapatkan Rawatan Di Hospital, Kanak-Kanak Ditandu Sejauh 1 Kilometer

BERITA TRENDING: Suruh Pengikut Wanita Cium Tangan, Pendakwah Teruk Dikritik Netizen - "Pel*cur Agama!"

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mendapat lebih 450,000 tontonan dan 1,010 komen.

“Pesohor menjadi terlalu melampau di internet. Ini membimbangkan,” kata seorang netizen.

“Inilah punca makhluk asing tidak mahu bercakap dengan manusia,” sindir netizen lain

Sumber: Kosmo!

#Viral #Influencer #Pelik #Muka #Brazil #Najis #Mask
;