Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mahu Elak Penyakit Ain, Riena Diana Kurangkan Perkongsian Bersama Keith Foo - “Saya Tahu Keadaan Mental…”

Asyikin Mayudin
17/10/2024 03:55 MYT
Pelakon Riena Diana mengakui dia kini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian di laman sosial bersama kekasih hati yang juga aktor Keith Foo.

Kesihatan mental

Mahu menjaga kesihatan mental, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata dia juga enggan membaca sebarang komen negatif berkaitan hubungan cintanya.

“Sebelum ini saya rajin post video atau muat naik konten dengan Keith, tapi sekarang kurangkan. Begitu juga dengan Keith.

“Tindakan kami kurangkan perkongsian bersama untuk elak penyakit ain (dengki). Saya tahu keadaan mental saya ada kala tidak berapa baik, jadi apabila baca komen akan rasa geram.

ARTIKEL BERKAITAN: Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

“Untuk jaga kesihatan mental, saya kurangkan post dan tidak membaca sangat komen netizen,” kata Riena kepada Gempak.

Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama, Salju Rindu Di Bumi Auckland yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Cinta berputik

Berkongsi lanjut, Riena mendedahkan cintanya bersama Keith mula berputik ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland.

“Cinta saya dan Keith berputik ketika di set penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland. Saya ingin tegaskan ini bukan gimik, memang dari situ kami mula rapat.

“Segalanya berjalan sangat ‘smooth’ bibit kami bercinta. Dalam realiti memamg kami bercinta jadi secara tidak langsung seperti bonus untuk menarik penonton menyaksikan drama ini,” ujarnya.

#Bercinta #Keith Foo #Riena Diana #Pasangan bercinta #Penyakit Ain #Post #Riena drama
;