gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
11/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Rujuk Riena Diana Hal Agama, Keith Foo Seronok Bersedekah & Dengar Ceramah Untuk Ilmu Baharu - “Saya Tanya Dia Apa Yang…”
Pelakon Keith Foo mengakui dia sering mendengar ceramah agama untuk menambahkan ilmu baharu sejak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Riena Diana.

Ilmu baharu

Ingin menjadi manusia yang lebih baik, Keith, 41, berkata tidak salah untuk dia mendalami sesuatu ilmu yang berlainan dengan agama asalnya.

"Perkara yang baik tidak salah untuk dipelajari, kita semua boleh belajar sesuatu dari agama lain. Ambil ilmu yang baik biarpun agama berlainan.

"Mendengar ceramah boleh menambahkan ilmu saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Kalau ia positif, saya akan ambil,” katanya kepada Gempak.
Keith berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.

Rujuk Riena

Dalam pada itu, Keith berkata, dia juga sering merujuk kepada Riena berkaitan hal agama seperti amalan bersedekah.

"Iya betul (bersedekah). Ada kala saya kurang faham, saya akan bertanya kepada Riena.

"Contoh, ketika sambutan Maulidurasul, saya tanya Riena apa yang boleh buat untuk tambah pahala, dia kata mungkin boleh bersedekah.
"Setidaknya secara tidak langsung, dapat membantu golongan yang memerlukan. Sudah pasti saya seronok melakukan hal itu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN:Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya Jumpa Kebahagian Saya. "

Sementara itu, disoal adakah tidak risau susulan terlalu terbuka berkongsi kemesraan dengan Riena di media sosial, aktor itu mengambil pendekatan untuk menghiraukan komen negatif netizen.
"Saya tidak kisah fasal negativiti kerana negativiti bukan boleh berlaku dalam hubungan sahaja, tetapi boleh wujud apa jua keadaan.
"Kalau ada yang bercakap negatif saya tidak ambil kisah tetapi yang beri komen positif ambil sebagai pengajaran.
"Bukan urusan saya untuk halang apa orang luar cakap, saya tiada hak untuk tentukan hidup mereka (netizen),” katanya.
Topic Berkaitan
#Keith Foo
#Riena Diana
#Ilmu Agama
#Sedekah
#Ceramah agama
#Hal agama
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement