Laman Utama

Mahu Keluar Dating Tapi Buntu Nak Kemana & Buat Apa? Ini 10 Cara Yang Mampu Bantu Anda!

gempak
Asraf Aided
02/12/2020
08:53 MYT
Sponsor Banner
Mahu Keluar Dating Tapi Buntu Nak Kemana & Buat Apa? Ini 10 Cara Yang Mampu Bantu Anda!
Sebut sahaja pasal keluar untuk satu janji temu atau dating dengan pasangan atau seseorang yang ingin dikenali, pastinya ada yang tertanya-tanya tentang lokasi dan apa aktiviti yang patut dilakukan.
Dating bukanlah terbatas kepada keluar makan malam dan berbual di restoran semata-mata, banyak lagi cara yang lebih menarik dan cool yang boleh dicuba.
Kali ini, Gempak senaraikan 10 cara dating yang menarik!
1) Cuba Resipi Baru, Masak Bersama-Sama!
Ya! Dengan cara ini, anda tidak perlu keluar ke restoran untuk makan bersama. Apa yang perlu dilakukan hanya cari bahan masakan dan luangkan masa untuk cuba memasak resipi baru bersama. Pastinya masa yang diluangkan untuk mencari bahan, memasak dan makan bersama lebih manis dan berkualiti. Cara ini lebih sesuai kepada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.
2) Berkelah
Jika anda sudah bosan dengan cara dating yang agak cliche, mungkin anda boleh berkelah dengan pasangan anda di tepi pantai, taman, air terjun atau di mana-mana kawasan luaran yang cantik dan menenangkan.
3) Ice Cream Date!
Kadang-kadang, tak perlu terlalu memikirkan kemana atau apa yang perlu dilakukan dengan pasangan, cukuplah sekadar keluar menikmati ais krim di kedai ais krim kegemaran bersama, cara ini pun sweet & memorable!
4) Tonton Filem Bersama
Ini sudah biasa dilakukan oleh kebanyakan pasangan, tetapi ia tidak pernah membosankan! Pergilah ke wayang (ketika ia dibuka semula selepas PKPB) dan luangkan masa menonton filem bersama.
5) Keluar Lakukan Aktiviti Sukan
Cara kelima ini mungkin agak jarang kedengaran, namun anda boleh cuba melakukan aktiviti sukan seperti memanah dengan pasangan atau sesiapa sahaja yang baru berkenalan dengan anda. Jika anda tidak tahu cara memanah, tidak mengapa, belajar sahaja dengan pengendali aktiviti tersebut bersama dengan pasangan anda!
6) Pergi Ke Galeri Seni
Cara ini amat sesuai untuk mereka yang sukakan kesenian, pergi sahaja ke Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana galeri seni untuk menghayati keindahan lukisan bersama-sama.
7) Cafe Hunting
Aktiviti ini sesuai dilakukan pada hujung minggu, luangkan seharian bersama pasangan dengan berkunjung dan mencuba makanan di beberapa buah kafe di sekitar ibu kota, sudah tentu anda akan kenyang sepanjang masa!
8) Pergi Ke Tempat Pertama Kali Bertemu
Kepada pasangan yang sudah berkahwin atau sudah lama bercinta, apa salahnya jika anda pergi semula ke tempat pertama anda berjumpa dengan pasangan anda, jika ia di sebuah restoran, pergilah makan dan berbual-bual di situ.
9) Lakukan Hobi Bersama
Jika anda mempunyai hobi yang sama dengan pasangan anda, cubalah lakukannya bersama-sama. Ia akan lebih menyeronokkan kerana masing-masing menyukai apa yang dilakukan itu. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti melukis, mendaki bukit, bersenam dan macam-macam lagi.
10) Beli Buku
Anda boleh membawa pasangan ke kedai buku kegemaran untuk membeli buku baru, anda boleh meluangkan masa membaca bersama pasangan ketika waktu lapang di tempat-tempat yang menenangkan.
Demikianlah 10 cara yang boleh dilakukan ketika anda dating bersama pasangan, ataupun seseorang yang ingin dikenali (bergantung kesesuaian).
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra episod ketujuh pukul 9.00 malam ini di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).
Dalam episod kali ini, anda akan menyaksikan Ezurin berkenalan dengan dua lelaki, seorang duda dan seorang lagi lelaki muda. Lelaki manakah yang mampu mencuri hati Ezurin? Lokasi manakah yang akan menjadi pilihan untuk sesi dating mereka?
Sama-sama kita nantikan jawapannya malam ini!
Kredit Foto : istockphoto.com , Depositphotos , Eco Caters & Popsugar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live